Pages

Monday, December 6, 2010

agak dah bersawang belog aku nihhh

salam.... ok mmg dah agak lamelah kan belog ni takde new post.. sbbnya adalah kerana laptop aku sudah kerosakan. jd sebarang update yg aku nak post tak dpt lah. kesian kan kt aku. aku kesian kt diri sendiri. haha. jd aku akan cuba memeriahkan lg belog aku dgn update selepas ni. :D

Friday, November 12, 2010

Azam Sempena Cuti Semester Kali Ini...

adalah menjadi lumrah
utk aku hya memasang azam
utk setiap kali cuti sem.
mcm cuti sem sebelom ni
azam aku nak turunkan berat badan,
tp hya sekadar azam
sbb aku takda teman
utk buat eksesais tu,
jd tak pyh lah buatkan?
hahaha.
tp cuti sem kali ni,
aku ase azam aku mgkin tercapai
*dgn melakukan eksesais*
sbb ada org nak teman
*adik kerana dia dah cuti skola*
jd aku harap dptlah
meringankan sikit badan
yg mmg dah agak lama
memberatkan diri ini.
hahaha.



haaaa dah nampak tak keazaman aku? XDD





perot dah sama dah. hahaha





majulah sukan utk saya! XD

Monday, October 25, 2010

peperiksaan akhir semester 2....

assalamualaikum...
kali ni cerita dia psl exam lah kan. so exam kali ni membuatkan aku jd cuak masa stadi week, kan waktu tu carrymark kua terpampang didepan bilik lecturer... ada yg sesetengah yg soh pelajar masok dlm bilik tgk kt lecturer. so masa aku p tgk2 tu, aku plah tgk carrymark imd102(repeat paper), betapa terkejotnye aku bila aku tgk markah aku hya 8.7/40. diulangi 8.7/40. dahlah repeat paper kan. tak mcm terkejot plak aku kt situ. so dgn rancaklah aku bergerak ke bilik KP cik razak. masa tu rabu ptg, dia dan kp2 semua p meeting. berpatahlah balik aku naek bilik. esoknye khamis aku pegi lagi. tunggu pya tunggu dia takmaimai. dah nak kua time tu tiba2 cik razak masok ke pintu utama, dan aku tros mengekori rapat dia dr blkg mcm anak nak mintak bapak mainan. hahaha.. masok je dlm bilik dia, aku tros tya psl carrymark tu. ckp pya ckp rupanya ada kesalahan time bg markah, markah group assignment tak masok. buat 4 org, yg sorg dpt markah(sbb dia tolong submitkan),lg 3 kosong. gila apa. perghhh... ckp pya ckp markah aku dr 8.7 bergerak ke 24/40/ alhamdulillah, walaupun kurang tp kira untung ada pembetulan. kalau tak jmpa lg sem dpan bnda yg sama. pastu baru semngat sikit aku nak jwb paper sbb markah dah up.

so besok aku akan menduduki paper CTU151 n BEL260.
ctu dah nak overload ni, tp mintak2 Allah permudahkan. amin ya rabbal a'lamin...

Saturday, October 9, 2010

lagi sekali perasaan tak terkawal dlm gelanggang...

td masa latihan silat, cekgu2 dtg agak lewat sedikit kerna mereka dtg dr jb. sebelum cekgu2 tiba, kami yg dikira senior2 ini mengendalikan latihan. pada permulaan seronok melihat anak2 muda yg bersemangat dalam menjalani latihan. smpai aku tak rasa penat berdiri lama. sebab rasa seronok tu mengalahkan semua rasa2 lain. dan pelbagai buah yang aku suruh diorang buat, aku tau diorang letih, lagi letih dari aku, sebab aku hanya berdiri diorang kena buat buah2 tu. tapi tujuan aku, niat aku untuk korang jugak. ni kan dah last week. so aku nak sebelum cekgu sampai korang berlatih sampai cantik pergerakan tu. barulah cekgu akan nampak usaha korang untuk belajar. aku tau memang penat untuk belajar silat ni. aku dulu pun belajar susah jugak. lagi letih dari ni. tapi aku tak cakap pun kat korang. tadi aku memang terasa betul dengan sorang budak masa latihan. dah pegang bengkong puteh, tapi baru berapa kerat dah mengeluh letih. aku suruh buat kau kata "dah lah bobbi, cukuplah penat" mmg tersentap aku. yang pegang bengkong puteh/tahap dua komplain? yang pelajar2 baru yang tak pegang bengkong pon semangat. takda komplain. memang dasar kau masa amek bengkong dulu lulus naseb aku rasa. bukan aku nak mengata, tapi dengan cara kau jawab tu menggambarkan betapa takda semangatnya diri kau tu. kalau kau dah pandai takpa. aku tak paksa. ni kau pon merangkak lagi. salah ke penat sama2? ni nak bunyi2. barulah aku rasa apa yang cekgu2 akan rasa kalau anak2 murid dia komplain penat, cekgu dtg dr jauh drive lagi penat. dulu masa aku belajar, cekgu aku dah tua, meniaga setiap pagi di pasar, jual kueh. pukol 8 pagi datang kat sekolah aku, semata2 utk mengajar anak murid yang pada masa tu dalam 7-8 je. lagi penat. dia tengok sikit macam tu aku rasa dia tak semangat dah, tapi dia saba untuk mengajar dan sebelom aku tamat sekolah menengah dalam gelanggang dah ada dekat 30-40 orang. dia tua, tapi tak pernah dengar dia kata "cekgu letih, cekgu nak rehat". ni yang muda usia baru 18tahun, dah mengeloh. macam kau tengah berperang. dah lah, yang nak pandai pon kau, yang nak bodoh pon kau. lepas ni kalau kau rasa dah pandai kau pegi mengajar pulak!!!

~dah lah semua penat, bila kau kata mcm tu mcm tak dihargai usaha org utk tolong kau berjaya.~

Monday, September 27, 2010

semuanya akan baek kalau...

kau dok diam2 faris. kalau kau tak bersuara kalau kau rasa tak perlu. sbb kdg2 dlm dunia ni ada org yg tak boleh gurau lgsg, baru kata sikit dah tersentap. walhal kita blom sampaikan abes apa kita nak ckp tu. ada gunanya kalau kau mula belajar utk tidak memperbykkan bicara. sbb org dah mula benci ngan kau faris. faris sedarlah bukan semua org suka ngan kau. malah ramai yg benci ngan kau faris. jd mula utk belajar ttg perangai semua org, wlaupun kau tu letih nak jaga semua hati, hati yg penting langsung dlm hidup kau, kau penat? jd je mcm dulu, lgsg tak penah pk ape org rase, yg penting kau je yg betul, org nak lawan? kau tumbok je muke die. mcm dulu2. mcm waktu kau tgh panas baran dulu. dulu bukan susah nak hidup, org je kena jaga perasaan kau. skrg dah terbalik. kenapa? sbb kau dah tak mcm dulu. sial lah diorg! diorg igt diorg tu siapa? dah2, jgn pk byk2. lps ni jgn susah2 nak pk psl org len. yg penting kau senyap je lah skrg.



:X

Thursday, September 23, 2010

perjalanan yg maseh panjang...

Baru sahaja aku selesai membancuh minuman panas, nesvita oat. Sedap minuman itu. Kembali aku meniarap diatas katil, untuk menyambung, membuat,meolah, memikirkan tentang assignment aku yang banyak. Yang masih ada lagi enam keseluruhannya.

Buntu fikiran aku, dengan bermacam2 perkara yang bermain berlegar diminda... Lagi beberapa hari sangat sahaja peperiksaan akhir semester akan tiba, sudah cukup bersediakah aku? inginkah perkara lama berulang lagi? dan jawapan aku pastilah belum cukup bersedia, tidak mahu lagi perkara lama terjadi kembali. Bila aku fikirkan perkara yg lain pula, perasaan ini terasa kuat utk kembali pulang ke rumah, dan apabila aku nyatakan kpd umi, umi kata "eh, mana boleh, kan ada kelas". Aku hya gelak mendengar jwpan umi. tp dlm hati ini mmg ingin sgt duduk berehat dirumah lagi sehari dua. Bukanlah soal aku mengada2, bukan aku tidak pernah berjauhan dari keluarga, cuma hati ini terasa ingin sahaja gelak ketawa bersama keluarga.

Walaupun hanya tinggal lagi lebih kurang sebulan setengah sahaja utk penghujung semester 2 ini, tetapi aku rasa ianya cukup lama, tidak sabar rasanya ingin pulang kerumah. Di Segamat ini bukannya bosan, cuma bila ada sifat membenci dan hanya berkawan secara berpura atau buat2, bukannya aku pernah usik hidup mereka, hanya bergurau sahaja, jika tidak suka nyatakan. Aku boleh ubah. Gurauan aku pon itu hya pada permulaan semester dan hanya cuit mencuit bukan menganggu perasaan dengan kata2, dan bukannya belanjutan sehingga sekarang.

Walaupun kita main futsal sama2, dlm 1 pasukan yang sama, bila kalian berpura aku dapat rasakan, sanggup lalu depan bilik tapi tidak mempelawa aku untuk bermain sama. Apakah aku akan rosakkan permainan yang kalian akan lakukan? Aku sedar aku tidak pandai bermain, tidak sehebat kalian mungkin. Tetapi setiap org ada cara mereka sendiri. Slogan kolej "unite"hanya akan tinggal slogan sahaja, kerana kita sesama kita pon ada sikap membenci antara satu sama lain. Maseh ada sikap, kalau kawan dari wing kau jgn selalu lepak wing orang laen. Dia kelas laen, ada assignment yang harus dia buat, jangan suka perli2, kita bukan budak2 lagi, kita sudah pon masok ke universiti. sedarlah kalian, jika hari ini kita membenci orang, dibelakang kita ada orang laen yang membenci kita. Jangan ingat kita bagus, kita sempurna, kita hidup bermasyarakat kena saling tegur menegur, ini tidak, kalau aku tidak menegur dahulu makan kalian pon tidak akan tegur buat tidak endah sahaja. Kalau aku tegur pon nanti di riak muka kalian nampak sungguh bencinya.dunia2, pasti kita ada musuh, pasti kita akan dibenci.

*sambil menghirup air yg dibuat sebentar td*

Aku kembali membuat assignment yg membukit. Kenapalah perlu laptop aku buat hal masa cuti, kalau tidak mesti sudah 3-4 jugak yang siap. Rasa bengang bila di ingat2kan. Masalah itu tidak akan lari kerana itu adalah sebahagian ujian kita sebagai penuntut sebagai pelajar. Kerana setiap hamba pasti akan diuji dengan pelbagai ujian oleh-Nya. Walau apa pun yg terjadi, walau apa pun yg berlaku, aku kena ingat tentang satu perkara, perkara tentang perjalanan aku yg maseh panjang di universiti ini.

*kembali menghirup air yg tadinya panas kini suam*

*luahan hati seorg insan pada ketika assignment beliau yang membukit adoiii*

Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

sori sbb lambat utk ucpkan selamat hari raya, ada masalah teknikal yg melanda dan dah dpt pon diatasi. alhamdulillah. jd dlm kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilifitri maaf zahir batin kpd semua. raya raya jugak, assignment/kerja jgn lupa. ;)

Monday, August 30, 2010

kaki oh kaki

kenapalah kau slalu nak kekejangan haa kaki? saket kau tau tak? plus siap nyilu skali kau bg kt tulang. yg nak menahan aku gak. adehhh. saket kau tau!!! cuba lah kau jgn buat centu. bg aku peluang nak relaks skit. dah lah minyak/cream utk kepanasan aku tak bwk. grrr saket saket saket jiwa aku. lps cuti raya t aku bwk dua botol baru kau tau. isshhhh

*nak luah saket kt member dia bz wat assignment ctu. ckp pon wat dono. dah lah aku saket ni. tak de perasaan tol haha. jd baek luahkan kt blog. haha*

Monday, August 23, 2010

berbuka puasa dan karok bersama-sama (ISD2E4)

bertarikh 22/08/10 bertempat di kek emas/mas atas je kdai kek bersebelahan rhb n cimb bank, telah berlangsungnye majlis berbuka puasa bg hampir keseluruhan dak2 klas aku. mmg best. amek makanan mcm esok tak dpt makan je masing2, siap amek berbukit2, extra pinggan. yg best nyer dpt minum air sampai perot sendat dan ketat *sgt rase nak meletop*. lepas settel berbuka maka beramai2 diantara mereka yg menuju ke masjid utk menunaikan solat.




muka puas lepas karok ;)


ini pulak aler dimana makan mengalahkan aku kt sebelah byk nya



diapit oleh aler n zul *muke zul mintak lempang*




ini pulak makanan zack amek *kalau tak silap lah kepunyaan zack*



mmg tak salah lagi hahaha




muka pakcik ni mmg taknak kalah. antara pemakan paling banyak XD





ingin membuat ukiran digunung seperti dibelakang sebijik mcm muka beliau




saja2 nak buat cm menarek perhatian*buat sendiri ok*




dua org ini mmg byk gamba mereka sebenarnya*di kamera org laen lah ye ngeh3*



muka dah tak saba nak tunggu waktu berbuka~


selesai je solat maka bergeraklah secara beramai2 menuju ke tempat karok tersebut. terletak berhampiran kfc ye. itulah hiburan yg ade pon kt bandar, tp layan. agak penuh jugaklah kedua2 bilik yg diambil oleh kami sbb menampung perot2 yg penoh ngan makanan2 berbuka td tu. dan agak panas ye bilik tersebut. maka bermulalah sesi sumbang menyumbang suara kedengaran. tenggelam timbul suara penyanyi2 dr isd2e4. ada yg menyanyi serupa syair, bercakap, raping style*lagu melayu jiwang time tuhh*. dan tidak lupa juga kpd mereka ber3 yg karok di kotak ajaib ye. mereka tak mau menyertai skuad karok bilik, tapi lebih sanggop bersempit2 dlm kotak jamban tu. hahaha. jgn maraaaa~ ape2 pon best sgt2 mlm ni. dgn berbuka nya, karok nya, kacau org, nyelit nyanyi, best best best~

meriah.kecoh.heboh.bingit.bising.beraneka ragam.jerit2.nyanyi2.melambai lambai awek org.dilambai balik oleh awek org(XD). cerita hantu ckit, takut lebih(haha). yg penting berbuka puasa n karok td best n terbaek~ syabas kawan2, syabas~ haha
*ayat status fb*

nota sedikit: ape kate kita wat lg program after raya? g tmpat2 yg best lg, n makan2. sbb masa makan2 gak yg meriah kecoh2 ni. n kalau boleh semua join. takde yg tak dpt join. kalau semua ada lg best sbb nampaklah ckit kita ni meriah~

terima kaseh yg tidak terhingga kpd abang mejar amran kerana telah membelanja semua kos berbuka td. kami sgt menghargai nya dan sgt berterima kaseh. tidak lupa juga kpd zulhanis kerana telah bersusah payah mencari tempat utk kita berbuka tadi
dan terima kaseh juga kpd semua yg menyertai majlis berbuka n karok td, kawan2 anda semua carooooo~ best dpt klas ngan korg. hepi2 lah kita selalu :D

~gambar terbyk dlm blog~ ngeh ngeh ngeh~

Friday, August 20, 2010

adab berpuasa dan solat terawih

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)


renung2kan dan selamat beramal ;)

kelebihan ramadhan~

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.


renung2kan dan selamat beramal ;)

selamat berpuasa =)

rasanya tak terlambat utk ucapkan selamat berpuasa kpd semua muslimin muslimat kt dunia ni... semoga ramadhan tahun ni memberikan seribu makna kpd kita semua... jgn lupa solat teraweh beramai2(tak penuh pon tak pa, janji semangat kita utk pergi tu ;) )


selamat menyambut ramadhan al-mubarak =)

Tuesday, August 10, 2010

INGAT :)

pesan cekgu khairudin:-

" when come into trouble , back to the fundamental"




oleh kerana keinginan utk balik yg memuncak2 ingin berjumpa ibubapa dan adik beradek, aku nak buat 1 keputusan yg agak merugikan bg aku sbb aku akan terlepas byk benda/ilmu. akan ponteng klas, ko, dan silat (combat2). jd secara kebetulan cikgu khairudin menyapa di fb (mana beliau tau aku perlukan khidmat nasihat/buah fikiran ketika itu?hmmm terima kasih Ya Allah :) ).
jd sepanjang cekgu memberikan buah fikiran yg bernas, maka sampailah cekgu kpd satu perumpamaan. yg membuatkan aku tergelak sbb aku nak balik, cekgu bg perumpamaan yg len. setelah aku memotong kata2 beliau, barulah aku tau rupa2nya itu teori cekgu kasi. dan ketika berlangsung nya hujah2/buah fikiran dr cekgu, cekgu mengaitkan ttg +ve dan -ve kalau aku nak balik. jd terigtlah balik kt benda2/ilmu2 yg aku akan terlepas tu. dan baru aku tau maksud fundamental tu dlm bahasa adalah asas -.-' pya lama hidup pon taktau.
hahahaha... btw thanks cekgu~ skrg saya rasa taknak balik. hari jumaatlah saya balik. ngeh ngeh ngeh~ terima kaseh sekali lagi cekgu sbb saya rasa bersemangat utk meneruskan lagi baki hari sebelum hari minggu menjelma.

Monday, August 9, 2010

:)

akan aku cuba utk senyum walaupun aku terasa, walaupun aku saket hati, walaupun aku marah, walau apa pun yg korg buat kt aku. aku akan cuba, cuba dan cuba...





SENYUMLAH :)
KERANA SENYUMAN MU BEGITU BEHARGA :)

Thursday, July 29, 2010

perasaan.semangat.keyakinan.

baca je tajuk ape yg terus bermaen kt kepala korg?
ngehngehngeh
ni bukan lah psl cinta(perasaan).
tp sekadar utk aku luahkan apa yg aku rasa aku dah tak boleh simpan.
as student aku rasa aku patot luahkan bukan pendam.

perasaan aku sgt becampur baur skrg ni,
rasa cm nak nanges
rasa cm nak menjerit
rasa cm nak tidur je(rehat yg panjang)
rasa cm nak quit dr study

aku rasa semangat aku pon dah hilang
smpai aku rasa semangat tu sukar utk aku peroleh semula
smpai aku rasa semangat aku dah mcm tak sudi nak jd bestfriends aku
smpai aku rasa semangat aku tu dah mcm terkubur

keyakinan aku kian hari kian pudar(kian jauh kian hilang)
dah tak tau mana tempat utk aku bina blik keyakinan
nak g kaunserling aku rasa cm tak perlu(betul2 perlukan org utk berborak).

satu hari ni aku rasa asyik nak marah je.
badan penat moody dan mcm2 lg
psl benda kecik pon nak gadoh
ntahlah.

~sikit je kan aku luahkan? kalau byk2 aku luah kt sini utk post akan dtg ape lg aku nak ckp.hahaha~

Tuesday, July 20, 2010

aku sendiri pon tak paham...

kenapelah sejak akhir2 ni, sikap panas baran aku mule nak jd balik.
tak boleh langsung kawan2 nak gurau, mesti naek angin.
dulu baran ni dpt kawal, tp sekarang ni mcm dah tak boleh.
sikap penyaba pon ntah kemana. asyik nak naek angin je keja.
pasal hal sikit pon aku boleh nak marah kawan. nak tarik muka.
aku tak suka perasaan marah ni. rase mcm sial je bila marah.
kenape aku tak boleh jd penyaba? susah ke jd penyaba?
selama ni ape yg org buat org kate aku boleh saba.
cuma ada sesetgh yg aku naek angin jugaklah.

ataupun

aku dah lama saba ngan sikap kawan2?
diorg dah tak tahan dgn sikap aku yg terok, then kenakan aku balik?
diorg tak suka aku dats y diorg wat aku marah?

dah mmg sikap aku yg panas baran dr kecik.
tp aku dpt kawal ckit.
kadang2 rasa cm bodoh ngan diri sendiri, perasaan, emosi pulak yg kawal diri.
entahlah, kadang2 aku rasa penat.byk hati kena jaga.bila jaga hati diorg,
kadang2 diorg pulak tak pandai jaga hati kita. letih ngan semua ni.

*umi, kalau boleh faris nak balik.nak benti blaja.penat rasenye.semangat pon ntah mane.tp kalau faris balik,kalau faris benti blaja. umi ngan ayah pasti kecewa.faris rasa cm nak amek cuti je seminggu,nak tenangkan fikiran,nak lapangkan kepala, nak buang sikap panas baran tu jaoh2.faris rasa tak kuat duduk sini.tak ada semangat utk teman faris.kan bagus kalau faris buat benda laen dr buat apee yg faris buat skrg ni.kalau boleh,byk lg faris nak luahkan kt cni.tp faris rasa lebih baek yg selebihnya faris simpan.bia faris sorg je yg tau.walaupun faris tau kalau faris simpan faris akan sakit,tp elok faris tak diamkan saja.*

Monday, July 19, 2010

2in1

cerita dia bermula apabila...
sabtu malam ahad yg lepas tiba. dan ketika itu aku sedang bersiap2 utk kelatihan silat. sedang aku lipat baju utk dibawa tiba2 ada bayang2 besar yg menutupi bayang2 aku. pada ketika itu hanya aku seorang sahaja yg berada didalam bilik. aku berkata pada diri aku mungkin ada gangguan letrik agaknya.jd lampu mcm malap, itu yg mungkin mengakibatkan terlihatnya bayang besar sebentar td. jd aku pun dgn sikap acuh tidak acuh meneruskan niat utk berlatih silat mlm tu. sepanjang latihan tiada apa yg terjadi, cuma ketika hampir kepenghujung dan ketika itu cuma rakan yg baru masuk sahaja yg diminta utk menunjukkan apa yg mereka telah pelajari dan dgn tidak semenamena aku terpandang pada tiang lampu jalan, apa yg menarik perhatian aku adalah kelihatan seperti seseorg yg sedang melompat lompat kedepan dan patah balik dan kedepan.bukanlah sedang bejoging seperti yg aku maklumkan sebelum ini. bila aku lihat kembali tempat yg aku lihat org berlompat itu td,org tersebut telah hilang dr pandangan.aku lihat dr hujung kanan ke hujung kiri,langsung tiada kelibat org yg sedang melalui jalan itu. apa lagi,berderau darah aku.tp aku buat tdk tahu tidak mngerti. sehinggalah tamat latihan dan aku ceritakan pada guru silat, dia kata"selagi kita dlm gelanggang dia tak boleh ganggu kita,biarkan". dan aku ceritakan pada teman2,ada yg mengajuk kembali perbuatan makhluk/orang yg aku lihat sebentar td. aku kira untung, bernasib baik dan bersyukur kerana tiada sebarang gangguan yg dibuat pd kedua2 kejadian itu.

~dua2 kejadian jd pd mlm yg sama. dan aku dpt 2 pengalaman yg baru. ngehngehngeh.

Tuesday, July 6, 2010

kalaulah aku bg lebih tumpuan dulu...

alhamdulillah aku dpt meneruskan semester aku utk ke semester 2. masa dpt result alhamdulillah aku lulus. tgk dgn umi. ada 2paper fail. so kena repeat. masa tu umi ckp takpelah faris, janji dpt smbong. sedap hati aku dgr. bila ckp dgn ayah oklah tu. tu pun tak bagus lg. byk maen. kan ke aku tetinggal sebulan. sbb rayuan tuka kos. haihh. kira baguslah aku lulus. tp ni bukan cerita dia.

cerita sebenarnya, aku kena drop 4paper utk semester 2 pnya subjek. imd151-154.
sbb aku nyer status P1. jd aku tepaksa drop keempat2 paper. sbb kena repeat 2paper dr semester1.mula2 aku igt takde effect ape2. rupa2nya begini jdnya(ayat sekolah sdkit).aku cuma layak utk amek 4paper saje dis semester. BEL260,CTU151 ngan 2paper repeat tesebut. sbb credit hour aku dr max.23 jd 12 saja. jd 4paper plus ko. agak kecewa aku dgr berita ni. aku igt boleh drop 2paper dis sem utk amek 2paper repeat. rupa2nya aku tak layak langsung utk amek paper subjek penting semester ni. rasa hilang semangat aku, rase mcm kosong je. taktau apa nak buat. hilang arah pon ade gak. malas nak cerita kt kawan, cerita kt cni jelahkan. aku rase cm besok malas je masok class afta tau berita yg amat tak menggembirakan ni. aku rase cm nak tidur je puas2. besok bangun dah cerita baru(byk sgt tgk kartun ni). aku downdowndown. gila ah. nak quit pon ada, nak balik shahalam borak2 dgn umi pon ada. semangat o semangat! mana kau pegi? dulu kau kuat,sentiasa ada kt sisi. skrg mana kau hilang bila aku perlukan kau. aku sgt perlukan kau semangat. umi ayah, doakan faris kuat, rase cm nak balik je. malas nak smbong. tp nanti faris akan kecewakan umi ayah. FARIS KUATLAH CKIT FARIS OIII!!! arghhhhh


~kenapalah dulu aku tak beri tumpuan sepenuhnya.kalau tak mesti tak jadi susah mcm ni.
ehh aku focus, tp mungkin takde rezeki utk lulus semuanya. alhamdulillah ya allah, sekurang2nya aku dpt menyambung semester, tidak seperti kawan yg laen yg gagal, mungkin mereka lg tak keruan dr ku ya allah.~

Saturday, July 3, 2010

segamat part 2. haihhh.

seawal pkol 7 dah bersiap utk ke segamat. masok blik ke uitm. maka pkol 8 pagi bermula lah perjalan ke segamat. yg perjalanannya mengambil masa lebih kurang tambah tolak darab bahagi adalah 3jam 30min. dan telah menjadi sejarah aku TAK TIDUR sepanjang perjalanan ke segamat. agak2 perot lapa waktu dlm perjalanan kerana tak sarapan pagi langsung, maka R&R ayer keroh telah menjadi tempat utk mencari makan. selesai sudah makan. teruskanlah perjalanan lg. sesudah smpai je di uitm segamat, aku pon p daftar kolej smbil diekori rapat oleh ayah(padahal ajak ayah teman XD). bayarlah sticker letrik. daftar kemasukan, amek kad aktiviti, amek sticker(sesudah bayar baru boleh amek), amek kunci(kena bayar).sesudah itu pergilah aku ke bilik yg aku dpt utk memantau keadaan.agak bersih bilik. dgn kelihatan perabot yg baru, seperti katil baru,tilam baru,meja baru,kerusi baru,locker baru.sesudah itu aku pon terus ke kereta utk mengambil perkakas2 aku smbil dibantu oleh ayah,umi dan adik. setelah memasukkan barang2 dlm bilik, aku pon mengajak mereka utk pergi ke pekan segamat, nak cari barang2 utk disimpan dlm locker dan tahan lama serta boleh mengenyangkan.hahaha.tempat persinggahan ialah al-ikhsan dan giant. mmglah kalau kt shahalam tu nak g al-ikhsan ngan giant tu pon cm malas. sbb takde ape. tp bila aku kt segamat, baru aku rasa, tmpat tulah antara yg paling best.hahahaha.setelah selesai membeli, umi mengajak kami makan tengah hari. kt nasi ayam mustaffa(mgkin tdpt kesalahan ejaan sdkit.). selesai makan maka balik lah ke dlm uitm kmbali. kemudian smpailah dikeadaan dmana sesi perpisahan. keadaan biasa saje. kerana semester satu dulu dah merase, walaupun hati rase cm nak balik je. tp semangat kene kuat utk meneruskan perjuangan(ecey). setelah pulangnya kedua ibubapa serta adik tecinta, maka sesi mengemas pula tiba. letak segala pakaian dlm locker, beg masok plastik. setelah selesai mengemas, aku pon g mandi, sbb badan da sgt melekit. selesai mandi, apalagi tidooo timeeee! je yeah! tidurlah aku selama dua jam dr pkol 5 smpai 7. jaga2 g merayau, cari kawan2, cari makan, dan on9 fb, maen cafeworld, maen mafia wars,dan terus jaga smpai sekrg yg waktu nye 12.20am. utk menuliskan perkara yg aku lakukan hari ini. jd sampai disini sajalah kali ini. jmpa lg bila2 yeh. nak tidolah asenye.haha.bye.assalamualaikum.

Wednesday, June 16, 2010

tentang result...

result sudah pon berada dipasarankan(mana lg!) kawan2?
dan begitu beriburibu kuasa lima darab kuasa kuda pelajar2 berusaha utk melihat keputusan masing2. sehingga setak laluan utk kepasaran itu. ada yg dpt melihat keputusan setelah berhempaspulas menekan refresh. ada yg dpt setelah matahari terbenam malah ada yg dpt setelah fajar sidiq kelihatan(ecey).
ada yg lulus dan gagal(pena merase). yg lulus kadang ta besyukur yg dia tu dah lulus, wlaupon ade repeat paper. yg gagal pulak akan ckp kan bagus kalau aku lulus, ade repeat pon ta kesahlah.
nampak tak perbezaan antara dua keputusan yg diterima?
dan aku lihat begitu ramai yg lulus dr gagal.
diantara yg lulus ada pula yg gagal dlm subjek tertentu.
yg lulus semua akan kata bolehlah. lulus semua.
yg gagal beberapa subjek akan kata bolehlah.

tak kurang dgn aku. g tipu kawan2 kata aku dismissed. bukan maen lg yg ta pecaya, yg terus maki, yg terus gelak2, last2 pecaya jugak aku dismissed! yeah! ahahaha... bukan niat na tipu. cuma na tgk apa komen serta reaksi kawan2. jmpa lg sem depan! hahaha
jgn maraaaaa~ bg kawan2 yg tertipu dan terbaca ni, inilah cerita dia, aku lulus n ada repeat paper. bukanlah dismiss yee.



*jika anda salah seorg yg agak hampir dgn perenggan petama, cuba anda renung2kan, hadirkan rasa besyukur walaupun anda ada repeat paper plus pointer yg sgt rendah. cuba kuatkan semangat bg yg gagal sbb aku pon pena gagal skali n teruskan lg usaha semampu boleh.
RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL*

masih sayang?

mase tgh lepak2 ngan abg aku(sebelom tido mase ni). abg aku tya aku soalan yg agak ta patot dtya...

"faris, kau sayang dia lg tak?"

aku agak tekedu dgr soalan tu, sbb kalau boleh aku tanak igt dah.
aku jwb

"kalau sayang tp hati dia dah tak kt aku watpe, hati dia dah kt org laen. tp aku ta bole tipu diri aku. aku masih sayang kt dia. tp aku sendiri keliru ngan hati aku."

kenapela boleh tepancul soalan ni abg oii!
adehhh

Wednesday, April 14, 2010

kepadamu...

dingin angin malam ini...
guruh bermain riang dilangit...
angin bertiup perlahan...
sesekali deras...
terasa sejuknya...
lalu kepala ini memainkan kembali cerita2 lama...
yg pernah aku lalui dulu...
mengimbau kembali nostalgia...
sering kali kepala ini ligat memaparkan gambar masa lalu...
gambar kenangan ku bersama teman2 dulu...
masa itu sungguh indah...
terasa pada waktu itu tiada apa yg dpt mengganggu kemesraan kami...
aku rindu akan waktu itu...
masa pantas berlalu ...
kenangan itu seakan luput dari minda...
seakan hilang dari kepala...
mulakan hidup baru, perjalanan yg baru...
hidup baru, org yg sama...
watak yg sama...
tiada perubahan...
org yg sama bg menghadapi dunia yg baru...
yg dulunya watak ini byk hilai tawanya...
byk celotehnya...
tp mengahadapi dunia baru ini, semua itu byk ditinggalkan...
hati ini terlalu byk kecewanya ddlm diam..
byk cerita indah bgnya adalah puisi dan kata2 yg indah hya utk didengari ketika berduka...
akan tetapi realitinya semuanya dianggap indah...
semuanya dianggap baik...
walaupun sedar semua itu bohong...
cuba utk menipu diri adalah bodoh...
tetapi...
itulah yg aku lakukan...
aku menipu diri utk menghadapi hari2 yg bakal mendtg dgn tabah...
walau aku tahu kalau terjatuh terlalu sakit rasanya...
akan tetapi tetap jua aku tempuhi...
tetap jua aku lalui yg sakit itu...
sering kali rasa ingin aku undurkan diri...
ingin jauhkan diri dari semua...
ingin hilang dari dunia...
hilang ke tempat yg tiada siapa pun yg tahu...
utk mendapatkan ketenangan...
utk aku lebih aman mengadap mu ya allah...
utk mencintaimu dgn seluruh jiwaku ya allah...
utk tidak cuba mencintai yg lain selain mu ya allah...
hati ini terlalu sakit utk mencintai...
terlalu pedih...
mengapa hatiku ini senang utk mencintai seseorg...
dan sukar utk melupakan org itu...
mengapa hati ku ini mudah terguris...
mudah tersinggung...
mudah cemburu...
ya allah...
kau kuatkanlah hatiku ya allah...
kau teguhkanlah imanku...
kau kuatkanlah hamba mu ini dlm menghadapi dunianya yg baru...
kau tetapkanlah jalannya...
kau tunjukkanlah jalan mu ya allah...
kau berikanlah rahmatmu ya allah...
sesungguhnya tiada yg maha berkuasa melainkan
mu...



Friday, April 9, 2010

haaihhhhhh...

penatlahhh aku na melayan karenah org... kite hormat die, tp die gune perkataan yg agk kasa...
aku saba... saba... saba lg... sbb??? aku anggap kau kawan... lame2??? kau cm ape ntah... haiiihhh...
hati aku ade satu... slalu gak disakiti, berulang2 kali... tp aku saba je... haaihhhhh... sabaa... sabaaa...
ape masala kau na kate cm tu pon aku tatau... ta pena usik hidop kau... slalu anggap kau terbaek... tp skrg dah ta kot... aku ase better hidop aku cm skrg nihh... ta paya na pk psl sesape... relaks kt dunia sendiri, lepak2 ngan kawan2, n beriadah ngan family... ape yg kau pk lps bace post ni??? mamposlahh situ! haaaaaiiiiihhhhhhhhhhhhhhhhhh

Monday, March 15, 2010

TAUFAN UKHUWAH IMS/IMS FAMILY DAY

hari yg ta berape na penat sgt... program start pkol 8... aku dtg pkol 9.20... biasela tuhh enn... lewat2kan na ke program ahahah... pagi ade program futsal laki n pompuan... part lwn part... terompah yg ta berape na gergasi, galah panjang, cari gula2 dlm tepong... byk gak part 1 menang... hensem...ahahaha...

blah petang program sambong lg... belon air, bola beracun, n tarik tali!!!
mmg beshhh gile... mase maen belon air baru masok line kedue belon dah pecah...ahahahah
pastu maenlahh tarik tali... wakil part 1 semue kurus2... mmg tulang melebih2 ahaha... yg besa gagah aku sorg je XD... ref. tiop je wisel semue part 1 kene tarek ngan slamber ngan part 6 yg agak sasa... tegolek2 dak2 part 1...tp lg terok aku... siap teguling2 dr blakang ke depan... mmg muke makan tanah, mulut makan rumput, muke cala2, member g gelakkan... maen 2 game... due2 game kene seret... tali yg tarek aku jd nyer... mmg kala terok... tp best!!!
dah settel maen abg2 part 4 mintak join dorg... maen lg... seb baek dorg kuat2... tade aku beguling lg cm td tuhh...ahahahah... maen smpai 3set tp kala... yg best mase kene tarek, aku siap posing duduk... mmg kene gelak...ahahaha... last2 aku sempot ta cukop nafas... tesadai kt tepi 3minit... mmg penat time tuhh... smpai keta2 lutot... ta bole bediri... jalan pon jd huyung hayang... dptlahh hamper yg kecik dr pngurusan mase pnyampaian hadiah... alhamdulillah... walaupun penat tp best, byk kenangan mase family day tadi...

Saturday, February 20, 2010

memessage...

msg da penohh... so na buang... ade msg dr org ntah sape yg ngaku die edy... kecewe ngan awek die...
tp sala anta kt org laen... bile tye ape masala die jwb "nom. awek gua dekat na same ngan nom. bro" aku gelak je bace... konon ayat touching... ahahahaha

ngah sebok2 na buang msg, bacela msg lame2... bukak satu2 msg... dah tu bace msg2 die(kawanbaekygdisayangi)... gelak aku sorg2(gile sedikitXD)... bacela 1msg ni psl sorg laki yg dok ngorat die nihhh (diberitahumlaluismsja)... dala dok sebok na ngorat dok kate aku itu ini... mmg na cari masala yg tade... ohhh btw name laki tu haziq(name sebena2nye)... kawan aku pnyer slambe kate "faris i punyaa..." tergelak n terindu skali kt die nihh ahaha ;( last2 ta dpt gak si haziq ni na tackel die nihh... sbb da ade calon laen (die ni mmg patot jd pngundikan???ahaha)

then tgk msg yg laen plak(dielghaha)... ade cite psl die ngan chalon2 die n yg da brator blakang die... dahsyatkan u??? giget mau??? ahaha... mcm2 citelaa kalau msg ngan die nihhh... da bace2 sayang plak na buang coz msg2 tuhh bole wat aku tersenyum o tergelak sorg2... bile aku tgk blik tarikh2 msg tuhh... dr form 5 dulu... lame simpan jd pekasam...hahaha... bole kate kerap gile ahh msg2 ngan die... pastu bace plak msg die waktu aku masok PLKN dulu... gile rindu time tuhh... when dpt phone je mesti msg die... smpai dlm hati tuhh rase cm na blik je jmpe die...haaaaaiiisshhhhhhhh...rindu2...

kua je dr PLKN die ajak jmpe... bile tgk je muke die time tuhh rase mcm aaahhhhhhh cm na pelok je die kuat2... borak2 ngan die... minum...makan... pastu die bole amek phone aku, die g call kawan PLKN aku die tye "faris ni ade pompuan laen ta kt sane???" ta cukop skali call na 2-3kali... "amboi faris awek kau call aku tye2 kuat cemburu btol" walhal... "die bkn awek akulaa... kawan je.." "kawan??? ta caye aku"... smpailaa ni kalau jmpe si member ni die mesti ckp "awek kau mmg cm tu ke???" -.- ... afta abes sesemue makan minum borak... die anta aku blik... bkn maen laju lg die bwk kete... ase cm jantong aku tetinggal kt blakang...ahahahaha

ta lame kua dr PLKN masok uitm... start dr masok u ni... kitorg da mule jarang2 msg... sampai beminggu2 kdg masok bulan2... smpai die kate aku sombong... mane sombong... aku takot t bile aku msg2 ngan die bf die mara die...aku tana die kene mara... kang die wat muke sedih tuu kesian plak...ahaha... smpaila hari ni aku da jrg msg ngan die... aku bukan ape... tana kacau rumah tangge org laen... kalau die bahagie ngan bf die, aku pon ase bahagie...waahhhh...ahaha... name si die ni illyana...riiiinnnduuuuuuuuuuuuuuu kt die sgt!!!



babe miss u soooo mucchhhh!!


Wednesday, January 27, 2010

ta dpt jumpe gak...

26/01/10
penat cari n tunggu kp...bila tye kt hea abg tuhh ckp tatau...naek turun naek turun basah suda baju...dah tuhh ta dpt gak jumpe kp...cehhh

Tuesday, January 26, 2010

satu hari yg penat...

25/01/10
dafta kt uitm segamat... kene g sane sini...huluhilir...penaaaaaaaattt...dahtu dpt plak jiran2 yg agak bising...sabo jelaa...
sok pepagi na kene g klinik wat checkup plak...settel checkup na kene g jmpe ketua koordinator...