Pages

Saturday, October 9, 2010

lagi sekali perasaan tak terkawal dlm gelanggang...

td masa latihan silat, cekgu2 dtg agak lewat sedikit kerna mereka dtg dr jb. sebelum cekgu2 tiba, kami yg dikira senior2 ini mengendalikan latihan. pada permulaan seronok melihat anak2 muda yg bersemangat dalam menjalani latihan. smpai aku tak rasa penat berdiri lama. sebab rasa seronok tu mengalahkan semua rasa2 lain. dan pelbagai buah yang aku suruh diorang buat, aku tau diorang letih, lagi letih dari aku, sebab aku hanya berdiri diorang kena buat buah2 tu. tapi tujuan aku, niat aku untuk korang jugak. ni kan dah last week. so aku nak sebelum cekgu sampai korang berlatih sampai cantik pergerakan tu. barulah cekgu akan nampak usaha korang untuk belajar. aku tau memang penat untuk belajar silat ni. aku dulu pun belajar susah jugak. lagi letih dari ni. tapi aku tak cakap pun kat korang. tadi aku memang terasa betul dengan sorang budak masa latihan. dah pegang bengkong puteh, tapi baru berapa kerat dah mengeluh letih. aku suruh buat kau kata "dah lah bobbi, cukuplah penat" mmg tersentap aku. yang pegang bengkong puteh/tahap dua komplain? yang pelajar2 baru yang tak pegang bengkong pon semangat. takda komplain. memang dasar kau masa amek bengkong dulu lulus naseb aku rasa. bukan aku nak mengata, tapi dengan cara kau jawab tu menggambarkan betapa takda semangatnya diri kau tu. kalau kau dah pandai takpa. aku tak paksa. ni kau pon merangkak lagi. salah ke penat sama2? ni nak bunyi2. barulah aku rasa apa yang cekgu2 akan rasa kalau anak2 murid dia komplain penat, cekgu dtg dr jauh drive lagi penat. dulu masa aku belajar, cekgu aku dah tua, meniaga setiap pagi di pasar, jual kueh. pukol 8 pagi datang kat sekolah aku, semata2 utk mengajar anak murid yang pada masa tu dalam 7-8 je. lagi penat. dia tengok sikit macam tu aku rasa dia tak semangat dah, tapi dia saba untuk mengajar dan sebelom aku tamat sekolah menengah dalam gelanggang dah ada dekat 30-40 orang. dia tua, tapi tak pernah dengar dia kata "cekgu letih, cekgu nak rehat". ni yang muda usia baru 18tahun, dah mengeloh. macam kau tengah berperang. dah lah, yang nak pandai pon kau, yang nak bodoh pon kau. lepas ni kalau kau rasa dah pandai kau pegi mengajar pulak!!!

~dah lah semua penat, bila kau kata mcm tu mcm tak dihargai usaha org utk tolong kau berjaya.~

No comments:

Post a Comment