Pages

Tuesday, November 15, 2011

pilihan kita...

muda2 lagi kita dah dihidangkan dengan pinjaman sinisana. muda2 lagi kita dah berhutang keliling pinggang. nanti kerja penat2 buat bayar hutang je. realiti dalam kehidupan. bagusnya~~~ itulah realiti kehidupan kita hari ini... makin kita besar utk menempuhi alam dewasa makin begitu deras cabaran datang bertimpa... semoga kita semua membuat pilihan yang terbaek~

harini.esok.aduh.

bersyukurlah dengan apa yg kita miliki harini. janganlah bila kita berjumpa dengan sesuatu/seseorang yang baru dan kita melupakan yang lama. pertahankanlah apa yang kita miliki harini. janganlah buang ia dengan sesenang hati. kerna dikemudian hari kita pasti akan tercari2 barang yang kita buang itu...






*walau apa pun yg jadi senyumlah... :)

sedikit sebanyak aktiviti cuti sem kali ni...

renung2kanlah...

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)"

dalam dunia skrg ni takkira apa asal ada benda terhidang je post, kaji dulu benda tu betul ke tidak. laenlah kalau ilmu2... ini kadang2 benda2 yang boleh menjatuhkan antara satu sama laen. satu rumpun. satu bangsa. satu agama. sedih kadang2 bila melihat benda mcm ni jadi kat bangsa kita. bangsa laen berlumba utk maju.. bangsa kita? berlumba2 utk menjatuhkan. kadang2 bila menegur orang, orang takboleh terima teguran malah dengan ego membalas kata2 kita dengan ayat yang tidak molek. laen yg dibincangkan laen pula arah tuju yg membalas. sedarlah saudara, jika hari ini kita tak bersatu tidak berdiri dalam serumpun kita akan jatuh kita akan terngadah dan kita mungkin akan dijajah!

bukan kerana...

Assalamualaikum… dah lama rasanya tak memberikan apa2 bahan bacaan tak best kat sini… sibuk dengan hal dunia punya pasal lah ni. Haaa sepanjang bulan September October n November ni mcm2 hal lah jadi nya. Agak kucar-kacir hidup dengan kejar assignment nya. Keja lectnya. Sepanjang 1sem lepas aku ada 14assingment kena siapkan termasuklah yg grouping pya. Sem dpn ni dan sem6 akan jd sama. Bayangkanlah 14 tu bukan angka kecik. Hmmm

Bulan oct pula mcm2 hal yg jadi. Dah mcm lagu awie “trajedi October” penat mengadap masalah. Tapi ni ujian kan? So kena tabah. Apa yg aku harapkan dan impikan mcm lebur terus… mula2 buka blog sana sini, bila dpt tahu terdiam. Haa terkejut~ tak lama lepas tu benda tu pun disahkan lagi~ bertambah2lah benda yg berkecamuk dlm hati ni… bukan kerana apa duduk diam sbb takda apa2 lg utk diberi. Mungkin yg skrg ni lebih dr skdr mampu menjaga. Semoga berbahagia eh?

Bulan nov pulak bulan yg ditunggu2 oleh aku sbb result exam. Bukak2 je tgk ada satu karam. Adehh bertambahlah lagi duka yg sedia ada ni. Tapi nak buat mcm mana? Benda dah kuar. Terima jelah… kena struggle lebih smpai p6. Lepas tu ramai yg dok kata psal kolej cek mula2 takda rezeki, cek hari ahad hari tu dpt pulak. Alhamdulillah~ rezeki dpt duduk kolej lagi sem dpan… nak mulakan sem ni dgn azam yg kuat dan lebih lagi dr sem lepas~ InsyaAllah~

Sunday, August 21, 2011

Dare to be different


haa tu dia cabaran dr abg epi kita!
agak2nya berjayakah aku menyahut cabaran itu?
sama2 kita tunggu hasilnya~
hahaha

Saturday, August 20, 2011

be-lek-out

kampus segamat dilanda kegelapan!

bertarikh 19/8

ceritanya bermula apabila waktu berbuka puasa hampir sahaja tiba dengan tidak semena2 tiba2 arghhhhhhhhh gelap! aku nak berbuka *****! kedengaran suara2 sumbang acah2 penakut konon. disebabkan iman masing2 yg tinggi dengan keyakinan terhadap waktu berbuka puasa telah masuk selang beberapa minit selepas itu maka dengan ramai2nya kami pun berbuka. waktu yg paling aku tunggu2 ialah waktu selepas berbuka tu. sebab apa? sebab waktu tulah baru nampak antara salah satu sikap didalam diri masing2 kat sini. yaitu peperangan antara kolej sempana riau dan taming sari! wahahaha seperti biasa menjadi lumrah alam sr yg akan memulakan peperangan dingin antara kolej dengan menjerit ke arah kolej ts. dan berlakulah pertikaman lidah dengan jarak yg cukup jauh. menjerit sakan masing2. siap ada yg maen api, mercun, siap ada RPG lg weyh *thunderclap* sgt dasyat dak2 ni. mujur tak tebako je kolej masing2 -,-'' alhamdulillah kolej kembali terang pukul 9.50 mcm tu. terima kasih kepada pihak jpk sr kerana memberi kami lilin. sekurang2 nya bercahaya bilik kami. terima kasih kepada pihak yg mengembalikan eletrik dengan segera sbb esoknya ramai pelajar ada ujian. dan terima kaseh UiTM~

sem banyak surat wuhuuuu~~~

assalamualaikum w.b.t

semester 4.

semester yg paling banyak cabaran dlm hidup aku sepanjang di segamat. mana tak nya, dalam satu bulan yg mulia ini yakni bulan Ramadhan ni aku secara rasminya mendapat 4surat. 3surat dr hea dan 1 dr fakulti. 3surat dr hea tu adalah merupakan surat notis pemberitahuan ketidak hadiran aku ke kuliah. wahahaha 1st time dpt surat, sekali dapat 3terus smpai surat jemputan ke tatatertib. ok cerita dia bukan aku tak dtg kelas, datang cuma aku dr kelas lain tuka ke kelas lain atas faktor kelas yang bertindih. then lect suruh aku settle kan. tapi aku lambat ambil tindakan maka dapatlah notis 1 dan 2 sekali gus. kena naek mesyuarat utk tunjuk kan sbb2 kukuh kenapa tak hadir ke kuliah pada 6/9 ini. dan sekali gus amat memeranjatkan aku sbb aku bukan tak pergi kelas lgsg. itu sgt merunsingkan kepala ye. niat nak jumpa kp n lect terbantut atas sbb faktor kesihatan aku yg tak mengizinkan. kesian2 bulan2 ramadhan ni demam pastu diuji lagi dgn beberapa perkara. alhamdulillah~ Allah masih menyayangi hamba-Nya yg sorg ni :)

surat lagi 1 yg dr fakulti pulak ialah taklimat b t n. waaahhh btn aku tak pernah2 pergi dan pernah menjadi salah satu keinginan aku utk pergi. tp dpt pergi tatkala otak tgh sgt berserabut. program dijangka berlgsg pada 9-11 september. 3h2m. boleh tahan lama tu. nak taknak kena pergi juga. program lepas raya nanti. harap2 seronok ;)

cerita tergelincir hebat!

pada suatu ketika, sedang aku dan rakan2 baru pulang dr sesi latihan silat... masa tu aku aman epi takau n ray nak g nr utk sahur. tgh dok nak lalu jalan shortcut kat sebelah P.I tetiba aku tergelincir! demi mengelakkan terduduk aku berpusing kekiri bagi peha yg dpt sakit. lepas tu ada ke patut aman tya "sakit tak bobbi?" ada ke org jatuh tak sakit? -,- bagus soalan dia. bila di pk2 kan balik mmg lawak. selipar licin, nak elak sakit bontot p elak peha. peha sakit jalan tempang. bagus2. mmg cara mengelak dari terjatuh bontot ke peha terhebat zaman ini~ -,-

tu dia ikhlas dari kawan yg sorang ni -,-

satu: ok ini mmg aku tak sengajakan. sbb dah plan awal then ada trip sorilah. next time kita makan sama eh? ;)

dua: dah mmg ngan kau tak boleh bg manja2 nanti org kata apa? baek aku ganas2 sbb itu lebih berbaloi kot? hahahaha

tiga: teruji sedikit disitu ye. eh kau yg sombong pastu boleh tuduh aku taknak tegur -,-

empat: rancangan yg mmg memerlukan plan b c d skali. selama aku nak jumpa member2 inilah saat yg paling mencabar skali. apa nak buat. pukul 9 grak pukul entah berapa2 dpt lepak wahahaha ~.~''


apa2 pun kalau ada masa lebih lagi kita lepak n boraaakk panjang lagi ye? :)

berubah...

tajuk berkaitan dengan diri sendiri. setelah sekian lama rasa semakin jauh. macam manalah nak dekat2kan? lama2 rasa kita boleh terputus terus. tapi apa usaha yg kita lakukan utk berkekalan? hidup umpama perjuangan dimedan perang, senjata ditangan cuma kita saja yg akan tentukan kemana halanya. nakkan perubahan diri kita yg kena mulakan, bukan atas orang yg memberi arahan... hidup kita, kita yg corak. tak perlu ada campur tangan. ouh jgn nak sasterawan sgt. melakukan perubahan itu perlu dari yg buruk kepada yg lebih baik. :)

Thursday, May 26, 2011

-,-

takda mood. takda mood. takda mood. dah nak masuk balik belajar ni makin hilang mood. kenapa? entahlah. mana mood? entahlah. takpayah masuk belajar boleh? -,-

terima kaseh sbb..

haaaaaa terima kasehlah ye sebab kau buat macam tu. aku taktahulah nak kata apa. tak terkata bila... hmm takpalah. siapa aku :) semoga kau bahagia dengan hidup kau dan cara kau. aku? jalan sendiri lagi :) hmm tengs ye buat mcm ni :)

Tuesday, May 24, 2011

tahlil dan aplikasi~

assalamualaikum ;)


hari tu aku ikut abang pergi tahlil kat ampang. sampai je sana ngam2 dah nak mula. bagi pya bagi, sekali yassin tak cukup utk semua tetamu yg hadir. jadi ramailah yang hafal2 ni pun baca tanpa lihat yassin. sampailah ada satu pakcik ni datang*lambat sikit* dia pun duduk berhampiran, dia baca lancar je tp pegang phone. aku pun tgk pelik je. rupa2nya dia ada al-quran pya application dlm phone. patutlah tenang je dia baca. barulah diri membuat kesedaran "kan bagus kalau aku ada application tu" jadi anak2 muda zaman skrg teknologi dah hebat-hebat! apa lagi tunggu download je application ni. boleh dibawa kemana2 je. jadi kepada yg pemakai phone nokia boleh download kat sini~ jadi apa tunggu lagi? kalau takda yassin yang cukup bukanlah satu alasan lagi. semuanya dihujung jari anda ;)



terpikir memikir:aku rasa even ianya satu aplikasi, tapi tetap tak bleh bawa phone kita masuk ketandas kan?


renung2kan dan selamat beramal ;)

Monday, May 23, 2011

resah~

assalamualaikum :)

haaaaaa resah. resah yang melanda aku dan kawan2 kelas malah kawan2 sekampus tatkala keputusan kolej masih sedang diproses. bagi sektor wanita ada diantara mereka yang telah tahu keputusan petempatan masing2, ada juga yang masih tergantung keputusan nya. apa lagi sektor lelaki. semua masih tergantung lagi. kesian lelaki-lelaki yang memerlukan ni (termasuklah aku). kat wall kelas aku taknak penuh pulak kerisauan-kerisauan yang melanda hati mereka. post aku saja entah berapa -.-'' keresahan yang melanda ni takkan sudah sampai RESULT EXAM keluar. tapi aku nak juga tahu dapat ke tidaknya kolej tu. berharap sangat dapat. ishhhh sedih2. result exam lagi 2hari. risau resah gelisah. maunya pengsan aku dengan dugaan ni -.-''' TOLONG KAMI BANTU KAMI ANAK-ANAK JAUH MAK BAPAK~ haaaaaaa

Sunday, May 22, 2011

DP

keliru is confuse~

aku keliru dengan hati aku. hati aku pun terkeliru sama. eh mana satu ni? mana satu ni eh? keliru. keliru. keliru. terjun sana takboleh, terjun sini takboleh. keliru. keliru. keliru. mana nak pergi ni? kanan ke kiri? keliru. keliru. keliru. -.- *keliru keliru keliru*

Tuesday, May 17, 2011

seminit

kenapa tajuk post ni seminit? ini kerana disebabkan oleh masa yang kami ada ketika melepak sama cuma seketika. tapi takdelah seminit je. okay, pertamanya dah 2tahun tak jumpa *dah lama tak berjumpa rindu rasa hati* last jumpa masa aku baru keluar PLKN. dia boleh kata last jumpa masa amek result spm, betapa pelupanya dia ni -.- . so semalam berborak-borak sikit, agak takda idea nak cakap apa sebab dah lama tak jumpa,borak2,mesej2,tepon2. so agak kena bahan dan membahan kembali semalam. rasa nak je cubit pipi kau! tapi picit lengan je aku mampu semalam. hahaha. picit lengan kau yang kecik tu. harharhar. btw mekaseh belanje air ye awak~ nanti saya belanja awak balik. haha



kalau lepak lama bukan 3 gambar je, bergambar-bergambar lagi boleh ambek~~~ ;)


p/s kalau nak ajak lepak lagi jgn lupa call i byk kali ye hahaha
*jgn nak kata dah 5misscall sgtlah illy -.-*

Monday, May 16, 2011

dua malam berturut2.... -.-

bertarikh 12-13/5 bertempat di bandar puteri, puchong. disuatu malam yg damai, kakak aku mengajak aku pergi menemankan dia utk ke sana kerana kereta abang aku yg kerosakan starternya. ouh maka dengan itu kami pun dengan agak cergas*lambat sbnarnya sbb ada fogging* terus ke sana. sesudah sampai disana, abang pun mengajak kami pergi ke klang utk mengambil pomen kesayangannya. ouh apa punya naseb puchong ke klang? haaaaa sesudah sampai klang ambil pomen tersebut maka kami ke shahalam utk drop kakak di rumah. selepas itu kami meneruskan perjalanan ke puchong kembali. haaaaaaaaa






lokasi depan seven e sangat panas ye -.-



usaha demi usaha dilakukan oleh beliau



usaha lagi



sampai maen api tu, jgn bermaen api ye kanak kanak



ok malam kedua lokasi di bangunan mpsj puchong


usaha membuka starter



inilah rupa starter yg durjana itu!



lagi



dan lagi!



maka dengan memasukkan starter yg baru, kereta pun hidup kembali. kereta kecik yg menelan kos tinggi mencecah RM220. haaaa botak abang aku. kahkahkah. naseb baek dia banje aku makan. *walaupun aku tak buat apa haha* tenkiu abg. rosak lagi jgn ajak je. lenguh muntut. hahaha


Wednesday, May 4, 2011

kursus persediaan silat seni karisma 2011

assalamualaikum. berkaitan tajuk, ouh ini akan berlansung pada 11-19/5 di uitm segamat. aku nak pergi. tapi duet pulak tak mengizinkan. total pergi balik naek bus je dah RM42. adeh mana nak cari duet ni. pastu sampai segamat mesti kena naek teksi. sebab bus kuning mana ada. naek teksi je dah RM15. pergh. duet lagi tu. eh korang, apa kata korang wat tabung kutipan untuk aku. haaa boleh kan? hahaha. bukan aku berkira ye. tapi kita kena kira2 budget tu. lalala~~~
*tolong kami bantu kami*

Thursday, April 28, 2011

wetparty kelas kami JIS1103D


ada diantara mereka yang akan pergi meninggalkan kita utk ke fast track *percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan*


















hahahahahahahahahahahahahha~~~~
beberapa pose manja dr kawan2. sem depan ada yg akan meninggal kelas demi masa depan. fasttrack. ada yg tukar kelas. ini mungkin akan jadi kenangan yg akan membuatkan kita sentiasa tersenyum :)







IMD154 n CTU264 plus BEL311

kau tiga paper susahkan otak aku, hati aku time jawab final! arghhhhhhh kenapa tak susah lg weyh?

Saturday, April 23, 2011

music lagu musik

Assalamualaikum… haaaa td sejam jugaklah aku cari macam mana nak masukkan music kat blog ni. Besepah aku cari bukak itu ini, semua tak boleh pakai. Bengang aku jdnya. Last2 muncul penyelamat mengajar aku. Lalala~ ada blog dah lama. Tapi serba serbi tak pandai lagi. Cis! Akhirnya Berjaya jugak aku masuk music! Yeah!!! Alhamdulillah~~~

BEL oohhh BEL

“Kehadapan lecturer bel yg ku sayangi. Saya berharap agar sir memberikan markah yang tinggi kepada saya. Oleh kerana bel tadi sangat tinggi nilai bahasa nya, maka saya dengan menggelabah citanya susah untuk memahami apalagi untuk menjawabnya. Saya juga berharap agak sir tak gagal kan saya. Saya dah cuba sehabes yang boleh. Dapat b pun jadilah sir. Janji saya tak perlu repeat paper bel sem depan. Saya dah taknak jumpa bel lagi, sebab saya rasa memang perlu berpisah dengan dia. Saya harap sir faham perasaan saya pada ketika ini.”
Korg rasa2 bagus tak kalau aku hantar mesej kat dia mcm ni? Hahahaha. Ni gurau2 je ye. Yang tak bergurau nya mmg susah bel td T.T sangat pening kepala nak jawab. Agak2nya macam manalah markah aku nanti. Isk isk… pening otak aku. Dahlah esok paper lg. nak stadi kepala pulak serabut pk pasal bel td. Cis kau bel! Punca! Haha. Mmg sangat tinggi ye penggunaan bahasa dlm exam td. Mmg lenguh otot mata mencari maksud dlm kamus. Dah jumpa pun masih tak paham lg*segelintir ajelah* bila tgk jam tinggal 45minit nak tamat dengan bermacam2 soalan masih tergantung, maka aku pun dengan cepatnya menjawab. Eh td awal2 tak boleh nak jawab, bila nak last2 minit boleh pulak? Cis! Mungkin kerana gangguan otaklah tadi. Tension aku! Aku dah tak boleh nak buat p usha kanan kiri depan belakang. Tgk kakzida bukan kemaen awalnya siap. Dah tu siap men signal ngan syidah n atul ajak kuar. Aku pun mengambil kesempatan itu utk keluar bersama. Hahahaha. Dahlah tak boleh jawab tadi. Cis lagi!

ketika final menjengah~~~

Assalamualaikum kawan2. Final sem ni merupakan final yg paling pelik bagi aku. Pelik sebab apa? Sebabnya aku asyik tidur, tidur, tidur. Tak pernah terjadi selama ni. Pelik2. Ok, final dah pun menjengah kita since 20/4 lg. Tengah sebuk2 orang fikir pasal final tulah ada terselit presentation.

Letih otak. Walaupun aku tak buat banyak kerja, tapi letih nak jawab pertanyaan kawan2 pasal benda yg sama. Dah lah kredit banyak habes. Cis. Maka bertarikh 20/4 telah berlangsung dengan jayanya presentation group aku dan group2 yg lain. Mujurlah puan ok haritu, boleh gelak2.
Masa group aku pya presentation agak kurang memuaskan, sebab ramai yg p dok borak kat blkg *agak mengecewakan sedikit*. Tp puan focus ye itu yg bagus nya -.- sebab group aku buat pasal interview. Jadi mmg sangat boring disitu, tp benda yg disampaikan tu penting n puan suruh diorg dengar n focus kat kitorang. Lepas je abes present, masing2 muka lega.
Tetiba dapat tahu kena pulak buat report. Aiyooo dengan tarikh kena hantar lg 3hari, dan paper yg ada keesokkan hari maka ahli kumpulan aku telah bersetuju utk membahagikan tugas. Yang buat 2org je *thanks makcik berdua XD* walaupun tarikh hantar dia dlm 3hari, aku dpt lihat ramai diantara kawan2 aku ni bersungguh2 menyiapkan report tu. Aku senyum je tengok keadaan tu dan aku terfikir bagus jugak puan buat macam tu. Boleh je diorang siapkan dalam masa yang ditetapkan, cuba kalau bagi awal2 mesti terlajak gak hantar. Hahaha.
Maka lepas siap report, aku kena focus kat final exam aku. Esok petang ada paper BEL311. Lusa petang IMD154 dan last paper aku hari selasa CTU264. Lepas tu dah boleh balik dah. Tapi sebelum fikir balik, aku kena focus betul2 kat paper2 yg tinggal ni. Takut kang fikir balik, paper2 tu karam. Susah aku. Haishhh. Jadi aku doakan agar kita semua memperoleh keputusan yg cemerlang dan lulus semua subjek pada peperiksaan semester ini. Semoga Allah memberikan kita apa yang kita hajati. Amin. J

Thursday, April 21, 2011

kegilaan pelajar2 uitm segamat yg menyinggah di unimart? :9

Assalamualaikum ebibodi! Haaaaaa kali ni entry saya pasal kegilaan yg melanda *baru perasan -.-* di unimart kat uitm segamat ni. Boleh dikatakan setiap pelajar yg masuk n bila keluar mesti dengan benda alah ni. Masa baru diperkenalkan*kat unimart* agak perlahan lah jualan dia, sbb pelajar banyak beli benda lain. Akan tetapi *-.-* bila benda lain tu dah boring plus ada benda baru yg terpampang*tersusun tanpa usik ye kawan2* kat dalam peti sejuk tu, mulalah mencuba. Bila cuba sekali rasa pun sedap beli dua kali, sedap lg beli tiga,empat,lima,enam,tujuh dan berkali-kali. Sbb apa boleh beli berkali-kali? satu sbb harga dia yg murah, dua sbb puas hati dengan rasa,tiga sbb mcm jadi satu trend kalau beli benda alah tu?hahaha. Haaaa korang rasa2 korang tahu tak apa benda nya?

jengjengjeng



Inilah yang aku maksudkan tadi tuh! lalala~



Paling laris ye di peti sejuk tu~


Kedua paling laris di peti sejuk~


Paling banyak jumlah yang masih terdapat dalam peti sejuk tu~


Haaaaa inilah minuman tiga perisa yg agak menjadi pembelian hangat di unimart-unimart serata uitm segamat. Lepak uptown mesti ada yg keluar dari unimart dengan air botol ni, kat unimart sempana riau/sr lg lah, asik habes je yg kaler merah tu*sedap lg perasa oren aku rasa*. Haaa ni sbb murah n sedaplah kan? Kat mutiara je tak sempat lepak lg*malas nak lepak kang kena halau lg ngan orang yg dengki. cis* hahaha... Kalau korang yang masih belum mencuba atau ada niat nak cuba tapi tak cuba-cuba, apa kata sok singgah unimart beli sebotol dua utk merasa kesedapan air ni. Harga dia cuma RM1.20 memang mampu dimiliki oleh semua pelajar. Jangan segan silu utk merasa ye. Berbaloi~~~




Sunday, April 10, 2011

kepada kawan yg bekenaan. harharhar

assalamualaikum...
haaaa entry post kali ni pasai kawan aku. *sbb ada ke patut dia post kat blog dia pasai aku? seb baek yg baek2 hahaha*.

dear kawan,

Aku minta maaf sebab dah nak masuk 5-6 bulan tak bertegur sapa dengan kau. Reason?Pertamanya mesej. phone aku rosak weyh masa tu. sampai tension kepala otak aku. siap kena lontar, baling, sepak terajang dan smack down, tp mcm tu jugak.

Keduanya kadang2 manusia pun letih kan? Kadang2 aku kena akui bila aku ada masa lapang aku suka habiskan dengan bertenang.*sejak masuk u ni kan kadar tensi nya tinggi mencecah puncak everest* Im so sorry for not reply-ing ur message. Penat otak aku. hahaha

Aku mula sebuk dengan program yang persatuan aku anjurkan dr awal sem hingga lah 26 mac haritu, baru lapang sikit sem aku. Baru dapat lapang, bukak mata tgk assignment pulak yang berlori2*sikit je pon sbb suka tangguh2 padan muka*itulah yang ketiga nya.

Keempatnya kalau kau im aku tak berbalas sbb aku ntah kat mana2 time tu, but sumtimes aku tgk movie. harharhar. Dan banyak lagi alasan aku nak bg kat kau sebenarnya. haha.

aku tahu kau tak mintak semua alasan ni kan? kau taknak tahu pun alasan aku yg berbaldi2 banyak ni kan? hahaha. 1st aku minta maaf sbb terus mendiamkan diri *walaupun aku sebenarnya aku ni pembising* 2nd aku minta maaf sbb buat kau terasa. 3rd aku minta maaf sbb aku jd yg mcm skrg ni. 4th aku minta maaf untuk 1 2 3. waahh boleh buat lagukan? hahaha. dahlah ehh janganlah terasa2 dengan aku. kadang2 aku ni memang letih yang melampau. yelah sejak jadi orang sebuk ni. tidur pun kat tikar*kesian tak? haha* ape2 pon im so sorry ye kawan!









p/s:perasan je aku kan? entah2 kau kata kat org len. ishishish. hahaha


11 Jenis Manusia yang Didoakan oleh Malaikat...

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”


5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”


9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”


10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”


11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”



Sumber diperoleh dari: 11 Jenis Manusia Didoa Malaikat | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/11-jenis-manusia-didoa-malaikat/#ixzz1J75aOse7