Pages

Wednesday, October 24, 2012

This Is SIXDI

Sinopsis:

Sixdi merupakan salah sebuah diantara empat kelas semester enam(akhir) dibawah Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Johor Kampus Segamat. Sering kali berlakunya kejadian-kejadian yang membuatkan pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah tidak kering gusi, malah hilai tawa seakan semput, tidak cukup angin, tidak cukup nafas dan tersedut-sedut sering kedengaran.

Tema dan Persoalan:

Hati kental dan mental yang kuat sahaja yang akan berjaya dan mampu bertahan.




Watak dan Perwatakan 

  
ahmad fareez_kpap (protagonis)

-baik dia ni
-suka bercerita*mcm aku jugak*
-terer dlm menghafal *kagum*




aiman_aman_talees(protagonis)

-org pertama tepek aku
-memahami semua wanita
-semua wanita memahami dia
-kaki saiko*selalu gak kena saiko*



amir hamzah_ayo_jawa(antagonis)

-join kelas masa p4
-suka makan nyorok2*kat tangga*
-pemain hoki harapan*tolonglah faham*



atiqah_tiqa cantik(protagonis)

-misteri sikit
-kuat gelak
-bila dia serious, seram



firdaus_epi(antagonis)

-screamo
-ramai wanita jatuh hati pd dia ni
-slumber je tolak semua cinta dr wanita2 
-selalu berfikiran +ve*konon*



izyan syamim_mim*suara sikit*(protagonis)

-periang
-suka bercakap
-suka buat amal



mohamad hafidz_ujang(protagonis)

-admin sixdi
-classmate pertama aku kenal
-selalu gaduh dgn kari
-hati tisu
-lebih kurang aman jugak



mohd amran_mejar_abg long(antagonis)
-askar!


mohd mazli_mejar_abg mazli_the rock(antagonis)

-askar!
-suka beri nasihat dan pendapat*selalu aku tya mcm2*




muhammad faris_bobbi (antagonis)

-bagus budak ni
-suka amek gambar orang sekeliling
-tak tahan saiko*semua bersatu kenakan aku!*



muhammad farriz_aler(antagonis)

-kelawar
-abg rambut ketak2
-buah hati nabilah*bukan nama samaran*
-suka tidur*tak kira tempat*



muhammad hidzir_zack(antagonis)

-pemilik kereta iswara hijau yg di clamp
-suka membantu kawan2
-pemain gitar handalan! *ooohhh terataaaii*



nazuha_wawa_cikgu farhana(antagonis)

-dia ni agen cari jodoh! *tak gitu ec?*
-kaki saiko #1 sixdi! *aku benci kau wa! T.T*
-kepoh jugak dia ni
-boifren tuka2 gak dia ni
-suka mengaku muda



noorazlan_kari_mok(protagonis)

-supplier terhebat di sixdi
-pembuat air/mee sedap/megi terhandal!
-pes editor yg suka men tipu!
-suka sedekah angin yg dibenci ramai!
-goal keeper yg hebat!!!



nur nabilah_bella(protagonis)

-selalu dibuli
-baik jugaklah
-suka gak perli2 dia ni *-.-*



nur najwa_najwa_jah(protagonis)

-suara sedap*tak boleh makan*
-mulut kecoh
-suka pakai kasut biru kilat2*masa part berapa aku tak igt*
-pemakai terompah merah*ahaha*
-penampilan yg simple*zack kata, aku smpaikan*
-tak sudah tweet nak jd artis




nurul suhadah_ada(protagonis)

-peminat tegar kucing
-suara masa nyanyi "my all" sama mcm najwa*aku ngan kpap igtkan suara jah*



shaifudin_didin(protagonis)

-ahli p.i
-boleh tiru sore pingu
-selalu bacakan doa dimajlis2 sixdi



sufian_shibor(protagonis)

-join kelas masa p6
-kuat sendawa*penyakit berjangkit kan man?*
-pemain rugby harapan*haha*



zulhanis_e.c(antagonis)

-pembongkar gambar2 lama! *aku benci kau!*
-kaki bahan mcm wawa *tp ec kalau kena bahan dia lari*
-insan pertama jawab test pakai laptop*jari broadband*




watak pipih (orang kampung)

rabiatul adawiyah_atul*f.track*
rasyidah_syidah*f.track*
mimi atika_mimi *f.track*
naziatul azida_kak zida*f.track*
dayana_dee*...*
ain huda_lemon*tuka kos*
dan lain-lain



Plot:

Permulaan:


Bertarikh 20/1/2010 aku melangkah masuk ke uitm segamat. Pada ketika semua pelajar dah mendaftar sebulan yg lepas. Mendaftar kelas ISD1E1. Classmate pertama yg aku kenal masa tu ujang. Sbb dia duduk tingkat tiga. Sama level dgn aku. Cuma laen wing je.

Kelas pertama yg aku masuk ialah kelas BEL120. Kelas Sir Rajen dan aku dah kena buli masa 1st class tu. Classmate kedua yg aku kenal*tegur* ialah ... Xena... Ok jgn gelak. Dia baek okay! Dia yg bgtau aku apa kena buat. Yg ketiga aku kenal*tegur* ialah... Wawa... Sbb dia duk dpn meja aku masa kelas bel. dlm hati aku time tu "keciknya classmate aku ni" *maaf wa, hati aku jujur* Lepas tu masuklah kelas lain2...

Aku maseh igt manusia yg paling aku takut masa part 1. Didin!!! Sbb dia keras je bila aku senyum kat dia. *apa salah aku din? T.T* Tapi lepas tu dia jd baek dgn aku~ Tahniah2... Kari dgn along zizi, waktu tu aku tegur diorg dua ni. Senyum kat depa, tp dua2 buat muka keras. -.-" Aku dah mula rasa mcm aku salah masuk kelas time tu... Lama kelama-lamaan aku berborak dgn semua classmate aku. meriah. kena pasang2 ngan bella. *mengamuk -.-"* kena joget. kena saiko. kena... mcm2 lah... tp itu kenangan :D

***

Perkembangan:


JIM1106D paling last skali. bukan bermakna corot seperti disekolah ye adik2. sem last aku dgn diorg. semua subject part6 aku amek. dpt masuk semua kelas dgn diorg. last aku sama kelas utk semua subject masa part1. lama jugak jarak dia. sem dimana aku dah masak dgn perangai sorang2. sem dimana aku masih tersaiko dgn kari. sem dimana aku kenal kpap dgn lebih akrab. sem dimana aku banyak luangkan masa dgn classmate utk esaimen, jalan2, makan dan lepak's. sem ini jugak secara berjemaah classmate pakai bb n samsung. sem ini jugak aku jd manusia paling rajin g kelas. sbb taknak terlepas moment2 indah.  



Perumitan:

Sewaktu di beri tugasan utk membangunkan satu syarikat yg memberikan servis atau menjual produk utk satu subjek. Semua bersengkang mata, berkorban tenaga, wang ringgit dan masa. Hampir bercakar sesama ahli kumpulan. Ada KUKU BESI. Ada GM yg tak mampu menahan saiko. Berlaku sedikit pergolakan kerana mental sedikit koyak. Tak mampu bertahan disaiko dgn panel2. 




aktiviti2 yg aku sertai bersama dgn diorang adalah seperti di gambar bawah (Klimaks):

















Peleraian:

Setelah tiga tahun kami bersama, akhirnya waktu perpisahan tiba. Masing-masing telah pun pulang ke rumah. Meneruskan kehidupan lama. Sehingga suatu hari nanti kita berjumpa kembali. Dah jangan sedih-sedih. Berpisah hanya utk sementara. InsyaAllah degree nanti jumpa lagi. 




Latar:

Latar Tempat:

UiTM Johor Kampus Segamat.


Latar Waktu/Masa:

Disember 2009-Oct 2012.


Nilai-nilai:


  1. Baik hati
  2. Berbudi bahasa
  3. Memahami
  4. Tolong-menolong
  5. Mental Kuat
  6. Manis Berbicara(kuat bahan!)
  7. Hormat-menghormati
  8. Kasih sayang(wawa agen cari jodoh!)
  9. Keberanian
  10. Nasihat-menasihati


Pengajaran:

Kita hendaklah mempunyai daya ketahanan mental yang tinggi jika hendak duduk ketawa dan menangis bersama ahli Sixdi. 


lebih lanjut tentang SIXDI lawati:

wawa
aman
lemon


sumber rujukan susunan

*maaf diatas penggunaan bahasa yg teruk dan tidak tersusun.

3 comments: