Assalamualaikum… haaaa td sejam jugaklah aku cari macam mana nak masukkan music kat blog ni. Besepah aku cari bukak itu ini, semua tak boleh pakai. Bengang aku jdnya. Last2 muncul penyelamat mengajar aku. Lalala~ ada blog dah lama. Tapi serba serbi tak pandai lagi. Cis! Akhirnya Berjaya jugak aku masuk music! Yeah!!! Alhamdulillah~~~
Saturday, April 23, 2011
BEL oohhh BEL
“Kehadapan lecturer bel yg ku sayangi. Saya berharap agar sir memberikan markah yang tinggi kepada saya. Oleh kerana bel tadi sangat tinggi nilai bahasa nya, maka saya dengan menggelabah citanya susah untuk memahami apalagi untuk menjawabnya. Saya juga berharap agak sir tak gagal kan saya. Saya dah cuba sehabes yang boleh. Dapat b pun jadilah sir. Janji saya tak perlu repeat paper bel sem depan. Saya dah taknak jumpa bel lagi, sebab saya rasa memang perlu berpisah dengan dia. Saya harap sir faham perasaan saya pada ketika ini.”
Korg rasa2 bagus tak kalau aku hantar mesej kat dia mcm ni? Hahahaha. Ni gurau2 je ye. Yang tak bergurau nya mmg susah bel td T.T sangat pening kepala nak jawab. Agak2nya macam manalah markah aku nanti. Isk isk… pening otak aku. Dahlah esok paper lg. nak stadi kepala pulak serabut pk pasal bel td. Cis kau bel! Punca! Haha. Mmg sangat tinggi ye penggunaan bahasa dlm exam td. Mmg lenguh otot mata mencari maksud dlm kamus. Dah jumpa pun masih tak paham lg*segelintir ajelah* bila tgk jam tinggal 45minit nak tamat dengan bermacam2 soalan masih tergantung, maka aku pun dengan cepatnya menjawab. Eh td awal2 tak boleh nak jawab, bila nak last2 minit boleh pulak? Cis! Mungkin kerana gangguan otaklah tadi. Tension aku! Aku dah tak boleh nak buat p usha kanan kiri depan belakang. Tgk kakzida bukan kemaen awalnya siap. Dah tu siap men signal ngan syidah n atul ajak kuar. Aku pun mengambil kesempatan itu utk keluar bersama. Hahahaha. Dahlah tak boleh jawab tadi. Cis lagi!
ketika final menjengah~~~
Assalamualaikum kawan2. Final sem ni merupakan final yg paling pelik bagi aku. Pelik sebab apa? Sebabnya aku asyik tidur, tidur, tidur. Tak pernah terjadi selama ni. Pelik2. Ok, final dah pun menjengah kita since 20/4 lg. Tengah sebuk2 orang fikir pasal final tulah ada terselit presentation.
Letih otak. Walaupun aku tak buat banyak kerja, tapi letih nak jawab pertanyaan kawan2 pasal benda yg sama. Dah lah kredit banyak habes. Cis. Maka bertarikh 20/4 telah berlangsung dengan jayanya presentation group aku dan group2 yg lain. Mujurlah puan ok haritu, boleh gelak2.
Masa group aku pya presentation agak kurang memuaskan, sebab ramai yg p dok borak kat blkg *agak mengecewakan sedikit*. Tp puan focus ye itu yg bagus nya -.- sebab group aku buat pasal interview. Jadi mmg sangat boring disitu, tp benda yg disampaikan tu penting n puan suruh diorg dengar n focus kat kitorang. Lepas je abes present, masing2 muka lega.
Tetiba dapat tahu kena pulak buat report. Aiyooo dengan tarikh kena hantar lg 3hari, dan paper yg ada keesokkan hari maka ahli kumpulan aku telah bersetuju utk membahagikan tugas. Yang buat 2org je *thanks makcik berdua XD* walaupun tarikh hantar dia dlm 3hari, aku dpt lihat ramai diantara kawan2 aku ni bersungguh2 menyiapkan report tu. Aku senyum je tengok keadaan tu dan aku terfikir bagus jugak puan buat macam tu. Boleh je diorang siapkan dalam masa yang ditetapkan, cuba kalau bagi awal2 mesti terlajak gak hantar. Hahaha.
Maka lepas siap report, aku kena focus kat final exam aku. Esok petang ada paper BEL311. Lusa petang IMD154 dan last paper aku hari selasa CTU264. Lepas tu dah boleh balik dah. Tapi sebelum fikir balik, aku kena focus betul2 kat paper2 yg tinggal ni. Takut kang fikir balik, paper2 tu karam. Susah aku. Haishhh. Jadi aku doakan agar kita semua memperoleh keputusan yg cemerlang dan lulus semua subjek pada peperiksaan semester ini. Semoga Allah memberikan kita apa yang kita hajati. Amin. J
Thursday, April 21, 2011
kegilaan pelajar2 uitm segamat yg menyinggah di unimart? :9
Assalamualaikum ebibodi! Haaaaaa kali ni entry saya pasal kegilaan yg melanda *baru perasan -.-* di unimart kat uitm segamat ni. Boleh dikatakan setiap pelajar yg masuk n bila keluar mesti dengan benda alah ni. Masa baru diperkenalkan*kat unimart* agak perlahan lah jualan dia, sbb pelajar banyak beli benda lain. Akan tetapi *-.-* bila benda lain tu dah boring plus ada benda baru yg terpampang*tersusun tanpa usik ye kawan2* kat dalam peti sejuk tu, mulalah mencuba. Bila cuba sekali rasa pun sedap beli dua kali, sedap lg beli tiga,empat,lima,enam,tujuh dan berkali-kali. Sbb apa boleh beli berkali-kali? satu sbb harga dia yg murah, dua sbb puas hati dengan rasa,tiga sbb mcm jadi satu trend kalau beli benda alah tu?hahaha. Haaaa korang rasa2 korang tahu tak apa benda nya?
jengjengjeng
Inilah yang aku maksudkan tadi tuh! lalala~
Paling laris ye di peti sejuk tu~
Kedua paling laris di peti sejuk~
Paling banyak jumlah yang masih terdapat dalam peti sejuk tu~
Haaaaa inilah minuman tiga perisa yg agak menjadi pembelian hangat di unimart-unimart serata uitm segamat. Lepak uptown mesti ada yg keluar dari unimart dengan air botol ni, kat unimart sempana riau/sr lg lah, asik habes je yg kaler merah tu*sedap lg perasa oren aku rasa*. Haaa ni sbb murah n sedaplah kan? Kat mutiara je tak sempat lepak lg*malas nak lepak kang kena halau lg ngan orang yg dengki. cis* hahaha... Kalau korang yang masih belum mencuba atau ada niat nak cuba tapi tak cuba-cuba, apa kata sok singgah unimart beli sebotol dua utk merasa kesedapan air ni. Harga dia cuma RM1.20 memang mampu dimiliki oleh semua pelajar. Jangan segan silu utk merasa ye. Berbaloi~~~
Subscribe to:
Posts (Atom)