Pages

Saturday, October 9, 2010

lagi sekali perasaan tak terkawal dlm gelanggang...

td masa latihan silat, cekgu2 dtg agak lewat sedikit kerna mereka dtg dr jb. sebelum cekgu2 tiba, kami yg dikira senior2 ini mengendalikan latihan. pada permulaan seronok melihat anak2 muda yg bersemangat dalam menjalani latihan. smpai aku tak rasa penat berdiri lama. sebab rasa seronok tu mengalahkan semua rasa2 lain. dan pelbagai buah yang aku suruh diorang buat, aku tau diorang letih, lagi letih dari aku, sebab aku hanya berdiri diorang kena buat buah2 tu. tapi tujuan aku, niat aku untuk korang jugak. ni kan dah last week. so aku nak sebelum cekgu sampai korang berlatih sampai cantik pergerakan tu. barulah cekgu akan nampak usaha korang untuk belajar. aku tau memang penat untuk belajar silat ni. aku dulu pun belajar susah jugak. lagi letih dari ni. tapi aku tak cakap pun kat korang. tadi aku memang terasa betul dengan sorang budak masa latihan. dah pegang bengkong puteh, tapi baru berapa kerat dah mengeluh letih. aku suruh buat kau kata "dah lah bobbi, cukuplah penat" mmg tersentap aku. yang pegang bengkong puteh/tahap dua komplain? yang pelajar2 baru yang tak pegang bengkong pon semangat. takda komplain. memang dasar kau masa amek bengkong dulu lulus naseb aku rasa. bukan aku nak mengata, tapi dengan cara kau jawab tu menggambarkan betapa takda semangatnya diri kau tu. kalau kau dah pandai takpa. aku tak paksa. ni kau pon merangkak lagi. salah ke penat sama2? ni nak bunyi2. barulah aku rasa apa yang cekgu2 akan rasa kalau anak2 murid dia komplain penat, cekgu dtg dr jauh drive lagi penat. dulu masa aku belajar, cekgu aku dah tua, meniaga setiap pagi di pasar, jual kueh. pukol 8 pagi datang kat sekolah aku, semata2 utk mengajar anak murid yang pada masa tu dalam 7-8 je. lagi penat. dia tengok sikit macam tu aku rasa dia tak semangat dah, tapi dia saba untuk mengajar dan sebelom aku tamat sekolah menengah dalam gelanggang dah ada dekat 30-40 orang. dia tua, tapi tak pernah dengar dia kata "cekgu letih, cekgu nak rehat". ni yang muda usia baru 18tahun, dah mengeloh. macam kau tengah berperang. dah lah, yang nak pandai pon kau, yang nak bodoh pon kau. lepas ni kalau kau rasa dah pandai kau pegi mengajar pulak!!!

~dah lah semua penat, bila kau kata mcm tu mcm tak dihargai usaha org utk tolong kau berjaya.~

Monday, September 27, 2010

semuanya akan baek kalau...

kau dok diam2 faris. kalau kau tak bersuara kalau kau rasa tak perlu. sbb kdg2 dlm dunia ni ada org yg tak boleh gurau lgsg, baru kata sikit dah tersentap. walhal kita blom sampaikan abes apa kita nak ckp tu. ada gunanya kalau kau mula belajar utk tidak memperbykkan bicara. sbb org dah mula benci ngan kau faris. faris sedarlah bukan semua org suka ngan kau. malah ramai yg benci ngan kau faris. jd mula utk belajar ttg perangai semua org, wlaupun kau tu letih nak jaga semua hati, hati yg penting langsung dlm hidup kau, kau penat? jd je mcm dulu, lgsg tak penah pk ape org rase, yg penting kau je yg betul, org nak lawan? kau tumbok je muke die. mcm dulu2. mcm waktu kau tgh panas baran dulu. dulu bukan susah nak hidup, org je kena jaga perasaan kau. skrg dah terbalik. kenapa? sbb kau dah tak mcm dulu. sial lah diorg! diorg igt diorg tu siapa? dah2, jgn pk byk2. lps ni jgn susah2 nak pk psl org len. yg penting kau senyap je lah skrg.



:X

Thursday, September 23, 2010

perjalanan yg maseh panjang...

Baru sahaja aku selesai membancuh minuman panas, nesvita oat. Sedap minuman itu. Kembali aku meniarap diatas katil, untuk menyambung, membuat,meolah, memikirkan tentang assignment aku yang banyak. Yang masih ada lagi enam keseluruhannya.

Buntu fikiran aku, dengan bermacam2 perkara yang bermain berlegar diminda... Lagi beberapa hari sangat sahaja peperiksaan akhir semester akan tiba, sudah cukup bersediakah aku? inginkah perkara lama berulang lagi? dan jawapan aku pastilah belum cukup bersedia, tidak mahu lagi perkara lama terjadi kembali. Bila aku fikirkan perkara yg lain pula, perasaan ini terasa kuat utk kembali pulang ke rumah, dan apabila aku nyatakan kpd umi, umi kata "eh, mana boleh, kan ada kelas". Aku hya gelak mendengar jwpan umi. tp dlm hati ini mmg ingin sgt duduk berehat dirumah lagi sehari dua. Bukanlah soal aku mengada2, bukan aku tidak pernah berjauhan dari keluarga, cuma hati ini terasa ingin sahaja gelak ketawa bersama keluarga.

Walaupun hanya tinggal lagi lebih kurang sebulan setengah sahaja utk penghujung semester 2 ini, tetapi aku rasa ianya cukup lama, tidak sabar rasanya ingin pulang kerumah. Di Segamat ini bukannya bosan, cuma bila ada sifat membenci dan hanya berkawan secara berpura atau buat2, bukannya aku pernah usik hidup mereka, hanya bergurau sahaja, jika tidak suka nyatakan. Aku boleh ubah. Gurauan aku pon itu hya pada permulaan semester dan hanya cuit mencuit bukan menganggu perasaan dengan kata2, dan bukannya belanjutan sehingga sekarang.

Walaupun kita main futsal sama2, dlm 1 pasukan yang sama, bila kalian berpura aku dapat rasakan, sanggup lalu depan bilik tapi tidak mempelawa aku untuk bermain sama. Apakah aku akan rosakkan permainan yang kalian akan lakukan? Aku sedar aku tidak pandai bermain, tidak sehebat kalian mungkin. Tetapi setiap org ada cara mereka sendiri. Slogan kolej "unite"hanya akan tinggal slogan sahaja, kerana kita sesama kita pon ada sikap membenci antara satu sama lain. Maseh ada sikap, kalau kawan dari wing kau jgn selalu lepak wing orang laen. Dia kelas laen, ada assignment yang harus dia buat, jangan suka perli2, kita bukan budak2 lagi, kita sudah pon masok ke universiti. sedarlah kalian, jika hari ini kita membenci orang, dibelakang kita ada orang laen yang membenci kita. Jangan ingat kita bagus, kita sempurna, kita hidup bermasyarakat kena saling tegur menegur, ini tidak, kalau aku tidak menegur dahulu makan kalian pon tidak akan tegur buat tidak endah sahaja. Kalau aku tegur pon nanti di riak muka kalian nampak sungguh bencinya.dunia2, pasti kita ada musuh, pasti kita akan dibenci.

*sambil menghirup air yg dibuat sebentar td*

Aku kembali membuat assignment yg membukit. Kenapalah perlu laptop aku buat hal masa cuti, kalau tidak mesti sudah 3-4 jugak yang siap. Rasa bengang bila di ingat2kan. Masalah itu tidak akan lari kerana itu adalah sebahagian ujian kita sebagai penuntut sebagai pelajar. Kerana setiap hamba pasti akan diuji dengan pelbagai ujian oleh-Nya. Walau apa pun yg terjadi, walau apa pun yg berlaku, aku kena ingat tentang satu perkara, perkara tentang perjalanan aku yg maseh panjang di universiti ini.

*kembali menghirup air yg tadinya panas kini suam*

*luahan hati seorg insan pada ketika assignment beliau yang membukit adoiii*

Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

sori sbb lambat utk ucpkan selamat hari raya, ada masalah teknikal yg melanda dan dah dpt pon diatasi. alhamdulillah. jd dlm kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilifitri maaf zahir batin kpd semua. raya raya jugak, assignment/kerja jgn lupa. ;)