Pages

Thursday, April 21, 2011

kegilaan pelajar2 uitm segamat yg menyinggah di unimart? :9

Assalamualaikum ebibodi! Haaaaaa kali ni entry saya pasal kegilaan yg melanda *baru perasan -.-* di unimart kat uitm segamat ni. Boleh dikatakan setiap pelajar yg masuk n bila keluar mesti dengan benda alah ni. Masa baru diperkenalkan*kat unimart* agak perlahan lah jualan dia, sbb pelajar banyak beli benda lain. Akan tetapi *-.-* bila benda lain tu dah boring plus ada benda baru yg terpampang*tersusun tanpa usik ye kawan2* kat dalam peti sejuk tu, mulalah mencuba. Bila cuba sekali rasa pun sedap beli dua kali, sedap lg beli tiga,empat,lima,enam,tujuh dan berkali-kali. Sbb apa boleh beli berkali-kali? satu sbb harga dia yg murah, dua sbb puas hati dengan rasa,tiga sbb mcm jadi satu trend kalau beli benda alah tu?hahaha. Haaaa korang rasa2 korang tahu tak apa benda nya?

jengjengjeng



Inilah yang aku maksudkan tadi tuh! lalala~



Paling laris ye di peti sejuk tu~


Kedua paling laris di peti sejuk~


Paling banyak jumlah yang masih terdapat dalam peti sejuk tu~


Haaaaa inilah minuman tiga perisa yg agak menjadi pembelian hangat di unimart-unimart serata uitm segamat. Lepak uptown mesti ada yg keluar dari unimart dengan air botol ni, kat unimart sempana riau/sr lg lah, asik habes je yg kaler merah tu*sedap lg perasa oren aku rasa*. Haaa ni sbb murah n sedaplah kan? Kat mutiara je tak sempat lepak lg*malas nak lepak kang kena halau lg ngan orang yg dengki. cis* hahaha... Kalau korang yang masih belum mencuba atau ada niat nak cuba tapi tak cuba-cuba, apa kata sok singgah unimart beli sebotol dua utk merasa kesedapan air ni. Harga dia cuma RM1.20 memang mampu dimiliki oleh semua pelajar. Jangan segan silu utk merasa ye. Berbaloi~~~




Sunday, April 10, 2011

kepada kawan yg bekenaan. harharhar

assalamualaikum...
haaaa entry post kali ni pasai kawan aku. *sbb ada ke patut dia post kat blog dia pasai aku? seb baek yg baek2 hahaha*.

dear kawan,

Aku minta maaf sebab dah nak masuk 5-6 bulan tak bertegur sapa dengan kau. Reason?Pertamanya mesej. phone aku rosak weyh masa tu. sampai tension kepala otak aku. siap kena lontar, baling, sepak terajang dan smack down, tp mcm tu jugak.

Keduanya kadang2 manusia pun letih kan? Kadang2 aku kena akui bila aku ada masa lapang aku suka habiskan dengan bertenang.*sejak masuk u ni kan kadar tensi nya tinggi mencecah puncak everest* Im so sorry for not reply-ing ur message. Penat otak aku. hahaha

Aku mula sebuk dengan program yang persatuan aku anjurkan dr awal sem hingga lah 26 mac haritu, baru lapang sikit sem aku. Baru dapat lapang, bukak mata tgk assignment pulak yang berlori2*sikit je pon sbb suka tangguh2 padan muka*itulah yang ketiga nya.

Keempatnya kalau kau im aku tak berbalas sbb aku ntah kat mana2 time tu, but sumtimes aku tgk movie. harharhar. Dan banyak lagi alasan aku nak bg kat kau sebenarnya. haha.

aku tahu kau tak mintak semua alasan ni kan? kau taknak tahu pun alasan aku yg berbaldi2 banyak ni kan? hahaha. 1st aku minta maaf sbb terus mendiamkan diri *walaupun aku sebenarnya aku ni pembising* 2nd aku minta maaf sbb buat kau terasa. 3rd aku minta maaf sbb aku jd yg mcm skrg ni. 4th aku minta maaf untuk 1 2 3. waahh boleh buat lagukan? hahaha. dahlah ehh janganlah terasa2 dengan aku. kadang2 aku ni memang letih yang melampau. yelah sejak jadi orang sebuk ni. tidur pun kat tikar*kesian tak? haha* ape2 pon im so sorry ye kawan!









p/s:perasan je aku kan? entah2 kau kata kat org len. ishishish. hahaha


11 Jenis Manusia yang Didoakan oleh Malaikat...

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”


5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”


9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”


10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”


11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”



Sumber diperoleh dari: 11 Jenis Manusia Didoa Malaikat | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/11-jenis-manusia-didoa-malaikat/#ixzz1J75aOse7

Monday, December 6, 2010

agak dah bersawang belog aku nihhh

salam.... ok mmg dah agak lamelah kan belog ni takde new post.. sbbnya adalah kerana laptop aku sudah kerosakan. jd sebarang update yg aku nak post tak dpt lah. kesian kan kt aku. aku kesian kt diri sendiri. haha. jd aku akan cuba memeriahkan lg belog aku dgn update selepas ni. :D