Pages

Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

sori sbb lambat utk ucpkan selamat hari raya, ada masalah teknikal yg melanda dan dah dpt pon diatasi. alhamdulillah. jd dlm kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilifitri maaf zahir batin kpd semua. raya raya jugak, assignment/kerja jgn lupa. ;)

Monday, August 30, 2010

kaki oh kaki

kenapalah kau slalu nak kekejangan haa kaki? saket kau tau tak? plus siap nyilu skali kau bg kt tulang. yg nak menahan aku gak. adehhh. saket kau tau!!! cuba lah kau jgn buat centu. bg aku peluang nak relaks skit. dah lah minyak/cream utk kepanasan aku tak bwk. grrr saket saket saket jiwa aku. lps cuti raya t aku bwk dua botol baru kau tau. isshhhh

*nak luah saket kt member dia bz wat assignment ctu. ckp pon wat dono. dah lah aku saket ni. tak de perasaan tol haha. jd baek luahkan kt blog. haha*

Monday, August 23, 2010

berbuka puasa dan karok bersama-sama (ISD2E4)

bertarikh 22/08/10 bertempat di kek emas/mas atas je kdai kek bersebelahan rhb n cimb bank, telah berlangsungnye majlis berbuka puasa bg hampir keseluruhan dak2 klas aku. mmg best. amek makanan mcm esok tak dpt makan je masing2, siap amek berbukit2, extra pinggan. yg best nyer dpt minum air sampai perot sendat dan ketat *sgt rase nak meletop*. lepas settel berbuka maka beramai2 diantara mereka yg menuju ke masjid utk menunaikan solat.




muka puas lepas karok ;)


ini pulak aler dimana makan mengalahkan aku kt sebelah byk nya



diapit oleh aler n zul *muke zul mintak lempang*




ini pulak makanan zack amek *kalau tak silap lah kepunyaan zack*



mmg tak salah lagi hahaha




muka pakcik ni mmg taknak kalah. antara pemakan paling banyak XD





ingin membuat ukiran digunung seperti dibelakang sebijik mcm muka beliau




saja2 nak buat cm menarek perhatian*buat sendiri ok*




dua org ini mmg byk gamba mereka sebenarnya*di kamera org laen lah ye ngeh3*



muka dah tak saba nak tunggu waktu berbuka~


selesai je solat maka bergeraklah secara beramai2 menuju ke tempat karok tersebut. terletak berhampiran kfc ye. itulah hiburan yg ade pon kt bandar, tp layan. agak penuh jugaklah kedua2 bilik yg diambil oleh kami sbb menampung perot2 yg penoh ngan makanan2 berbuka td tu. dan agak panas ye bilik tersebut. maka bermulalah sesi sumbang menyumbang suara kedengaran. tenggelam timbul suara penyanyi2 dr isd2e4. ada yg menyanyi serupa syair, bercakap, raping style*lagu melayu jiwang time tuhh*. dan tidak lupa juga kpd mereka ber3 yg karok di kotak ajaib ye. mereka tak mau menyertai skuad karok bilik, tapi lebih sanggop bersempit2 dlm kotak jamban tu. hahaha. jgn maraaaa~ ape2 pon best sgt2 mlm ni. dgn berbuka nya, karok nya, kacau org, nyelit nyanyi, best best best~

meriah.kecoh.heboh.bingit.bising.beraneka ragam.jerit2.nyanyi2.melambai lambai awek org.dilambai balik oleh awek org(XD). cerita hantu ckit, takut lebih(haha). yg penting berbuka puasa n karok td best n terbaek~ syabas kawan2, syabas~ haha
*ayat status fb*

nota sedikit: ape kate kita wat lg program after raya? g tmpat2 yg best lg, n makan2. sbb masa makan2 gak yg meriah kecoh2 ni. n kalau boleh semua join. takde yg tak dpt join. kalau semua ada lg best sbb nampaklah ckit kita ni meriah~

terima kaseh yg tidak terhingga kpd abang mejar amran kerana telah membelanja semua kos berbuka td. kami sgt menghargai nya dan sgt berterima kaseh. tidak lupa juga kpd zulhanis kerana telah bersusah payah mencari tempat utk kita berbuka tadi
dan terima kaseh juga kpd semua yg menyertai majlis berbuka n karok td, kawan2 anda semua carooooo~ best dpt klas ngan korg. hepi2 lah kita selalu :D

~gambar terbyk dlm blog~ ngeh ngeh ngeh~

Friday, August 20, 2010

adab berpuasa dan solat terawih

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)


renung2kan dan selamat beramal ;)